Wednesday, May 18, 2011

Honda Integra 2005



Lim Goh Tong

Lim Goh Tong (Cina: 林梧桐; pinyin: Lín Wútóng) merupakan seorang usahawan Tionghoa yang terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 hingga dia meninggal dunia, dengan harta sebanyak RM421.60 bilion. Beliau merupakan Pengasas dan presiden seumur hidup Kumpulan Genting.
[sunting] Kekayaan

Menurut majalah Forbes Asia, Lim merupakan orang yang paling kaya di Asia dengan jumlah aset US$42.2bil (RM160.6bil).pada tahun 2006 hingga beliau meninggal dunia.

Kumpulan Genting yang diasaskan pada 1965 kini menjalankan pelbagai kegiatan termasuk perladangan, pembuatan kertas, penjanaan tenaga, minyak dan gas, perdagangan elektronik,pelancongan,pelayaran dan pembangunan teknologi maklumat.

Lim memiliki hotel yang terbesar di dunia, Genting (First World Hotel, 6 300 bilik), kasino 24 jam yang dikunjungi lebin 14 juta orang setahun. Beliau juga memiliki syarikat kapal pelancongan Star Cruises, syarikat kapal pelayaran ketiga besar di dunia. Beliau juga terlibat dalam perniagaan gas dan minyak di Asia Dan Eropah. Beliau bermula daripada kontraktor kecil.Beliau telah mendapat hak membangunkan Genting pada tahun 1964 di bawah pentadbiran Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia.

Lim datang ke Malaysia daripada Fujian, China ketika umurnya 19 dengan hanya RM175, bekerja sebagai tukang rumah dengan pakciknya, menyimpan wang dan akhirnya memiliki syarikatnya sendiri, Kien Huat. Beliau menpunyai idea membina genting semasa di cameron highlands

Anak beliau, Tan Sri Lim Kok Thay telah mengambil alih pegangan dan pengurusan Genting Berhad.
[sunting] Kematian

Tan Sri Lim Goh Tong, 89, meninggal dunia pada 23 Oktober 2007 jam 11.20 pagi di Pusat Perubatan Subang Jaya kerana sakit tua. Beliau meninggalkan balu Puan Sri Lee Kim Hua, dan enam anak mereka bersama 19 cucu.

Seramai 20,000 orang telah menziarahi beliau di kediamannya, Goh Tong Villa, Gohtong Jaya dan telah dikebumikan di Gohtong Memorial Park, Genting Highlands pada 29 Oktober 2007. Tun Mohamed Haniff Omar berkata Taman Tema dan Kasino ditutup pada hari pengkebumian itu bermula pukul 6 pagi hingga 12 tengahari.